(ade la plak.. !... ngada betul kan !! )
Lepas pergi pasar biasalah my maid la yang akan selesaikan tugas membersihkan.. I tau tunjuk2 aje.. mana yang nak masak ari ni, esok, lusa dan seterusnya... if not abes kacau bilau jadinya dia atur...
(..ceh jadi mak datin lagi !!)
After that, pergi ke sekolah Adek untuk beri ole-ole dari Guangzhou, disamping nak dapatkan surat pengesahan murid dan laporan peperiksaan terkini untuk di hantar kesekolah barunya nanti. Dan nak dijadikan cerita, guru kelasnya pula demam. Adooiiyaiii..... pergilah pulak nak jumpa Guru Hal Ehwal Murid sesi petang...., beliau masuk meeting ngan Guru Besar plak..... Hancussss agenda I hari ni... Last2 pass kat Ustazah yang dok berhampiran dengan meja Guru Kelas Adek, suruh tolong passing kan pada dia aje ler...
Pastu menapak balik ke kereta dalam keadaan panas terik yang menghitamkan lagi muka I ni.... Bertanaka lagi ler malam ni... hehhehehhe.... :) .. tapi best !! Tanaka tu ler bukan berpanas menapak kereta tadi :P
Petang tadi baru boleh masuk betul betul... I bila masak, suka dalam keaadaan yang tak tergesa gesa atau tertekan. If tertekan mesti hangin satu badan.... So, mestilah senantiasa elak jadi mcm ni.... hokay...
Mr H ni orang Melaka. So orang Melaka mmg lah takkan lari dari "Masak Asam". Masak Asam ni mak mertua I ajar... mmg kelas uolllsss... sodapppp... !! terangkat abesss :P
Bab menumis ni yang paling I tak larat sbb abes berkecah satu dapur dek kerana minyak tu. So, nak senang citer I selalu tumis sekali, pakainya berkali kali... haaaa cam mana tu.. ??!!
Camni citenya.. (ceewwaahh !!), sediakan semua bahan bahanya, iaitu cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan ( yg ni konpem kena pakai belacan melaka, if tak mmg konpem tak jadik !!... hahahha...) dan udang kering. Di blend kan asing asing mcm kat pic ni.
Bahan2 menumis yang telah di blend.
Lepas tu boleh start menumis dengan menggunakan minyak yang secukupnya. I biasanya tumis bawang merah dan putih dulu. Biar naik bau dan garing sikit, then baru masukkan cili kering. Kacau dalam 3 minit camtu. Pastu masukkan belacan. Gaul bagi rata dan last sekali masukkan udang kering.
Bahan tumis yang dah dimasukkan semuanya. Biar sampai garing dan naik bau.
Dan apabila dah siap, kita akan dapat 3-4 bekas cam ni. I saja asingkan mcm ni, so that bila lenkali nak pakai, ambek je sebekas untuk digunakan. So tak yahlah nak tumis dan ulang sekali lagi proses menumis tu.
Bekas yang dah disukat untuk buat sambal or masak asam.
Bijak tak ??!!... ni caranya mak mertua I ajar masa I memula kawen ngan anaknya.
Sbb masa tu I keje.. bila balik dah penat... mmg alamatnya makan kat luar je ler... tp sbb ade cara cam ni.. jarang lah kami makan luar... selalu dapat buat home cooked food !! Member office pun selalu hairan... depa ingat rajin bebenorlah I ni memasak... tak rugi wat menantu or jadi isteri... kuang..kuang...kuang.... :)
Dan bila dah ade anak, lagilah tak susah sbb benda ni dah sebati dengan jiwa I.... laju jer sblm balik tu beli ayam ke, ikan ke or apa2 lah.. (kalau barang tu tak de lam fridge) utk dimasukkan dalam kuah or sambal. Tp kebiasaannya, weekend I akan pi pasar. Then terus buat bahan tumis ni... so masa weekdays tak der ler terhegeh2 nak buat semua ni...
Bahan tumis ni bukan aje boleh buat sambal or masak asam. Boleh juga nak buat mee goreng, nasi goreng, daging goreng jawa. Terpulang kepada kreativiti memasing. Kalau nak tambah rasa lain, letak ler udang hidup, sotong kembang, sotong biasa, sotong kering, santan kelapa dan memacam lagi... dah jadik lauk lain...... kan senang jer hidup....
Untuk masak asam, I tambahkan halia dan serai dalam bahan tumis tadi biar sampai halia dan serai tu naik bau. Daun limau purut tu I letak bila semua dah masak. Nyaman baunyaaaa....
Then masukkan ayam bersama kentang. Kecutkan ayam tu kena tutup periuk tu. I mmg masak dalam periuk tanah.Menurut kat MIL, masak dalam periuk tanah ni, masak asam akan lebih sedap.... !!
Ni la hasilnya, Masak Asam Ayam dengan kentang
Mr H pun menyingai je bila masuk rumah dah terbau masak asam !!
Dan tak lengkap kalau tak de ulam ulaman......ade petai, lettuce dan kacang botol.
Rojak buah (nanas dan jambu air) untuk diri sendiri....
0 comments:
Post a Comment