Sunday, March 6, 2011

Makanan Halal Di Guilin and Yangshuo

Makanan halal di Guilin memang ada cuma kena tahu kat mana dan sedap ke tak sedap jer.. Nasib baiklah driver van kitorang tu tahu nak cari makanan halal yang sedap sedap disamping usaha aku mencari di internet disamping menjengah bloggers lain yang dah pi ke Guilin.


Original Handmade Beef Noodle Restaurant



Restoran ni terletak kat Xicheng Pedestrian Road. Senang jer nak cari.... along the Pedestrian Road ni tengok kiri dan kanan, mesti jumpa. Makanan disini by handmade. Diorang buat mee dan kuetiau selepas kita order. So sangat fresh... !!!

Harga untuk 10 orang (5 dewasa, 5 children, 1 baby) = RMB 80 (RM 40.00)


Endian Halal Restaurant





Yang ni pula berdekatan jer dengan Restoran Islam. Memandangkan kedai Restoran Islam tu ade Wedding, kami terpaksa pergi ke Restoran Endian Halal Restaurant ni. Tak jumpa pun kat mana-mana blog yang mencadangkan restoran ni. Tapi, makanan dia sedap sangat.....!!! 

Harga untuk 10 orang (5 dewasa, 5 children, 1 baby) = RMB 200 (RM 100.00)


Islam Restaurant




Ini pula Restaurant Islam dekat Xicheng Pedestrian Street. Ari tu datang tak boleh masuk sbb ade majlis perkahwinan. The next day, kami berkunjung sekali lagi untuk makan tengah hari. Makanan kat sini pun sedap juga.... 

Ketiga-tiga restaurant tu semua mempunyai harga yang sangat berpatutan. Especially, Ringgit lebih tinggi daripada Yuan. So, memang enjoy la makan kat China ni. 

Harga untuk 10 orang (5 dewasa, 5 children, 1 baby) = RMB 220 (RM 110.00)

Nota kaki : Tukaran duit saya divide 2 sahaja... untuk senang kira... !!! Sebenarnya +- jer...

0 comments:

Post a Comment