Wednesday, October 23, 2013

Petani Moden lah kononnya....

Start petang je hujan.... tiap2 hari cam ni. Macam nak musim tengkujuh jer sekarang.... pulak tu masa Buletin Utama nampak kes pasal banjir lumpur di Cameron Highland.  Ngeri betul I nampak. ...

2 hari lepas ade semangat nak semai 3 jenis pokok.... tu yg cam hangin sikit.. sbb anak pokok semaian I kena dilindungi oleh hujan yang mengganas.... haahaha !!!


Pokok daun sup, Daun bawang dan daun kari

Tuesday, October 22, 2013

Di satu petang Isnin.....



As Salam...,
Tadi petang planning nyer nak carik lampu dan kipas for our new house nanti. Area yang kami cari ni di Puchong. Bandar Puchong Utama.


No. 33 & 35, Jalan BPU 6,
Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor.


Tapi nak dijadikan citer.... kedai tu tutup... Hah ??!! Maunya tak bengang ?? Siapa suruh tak check in advance ?? Kedai tu tutup setiap hari ISNIN !! hehhhehe... sib baik tak kena "tonyoh" kepala I dengan 
Mr H..... (berani dia kannn !!)

So memandangkan dah terlajak kesini and Mr H pun ade keje nak buat, so lepaklah we all kat Ipoh Kopitiam ni... sederet je dengan kedai lampu tu. So sesambil Mr H buat kerja, I pun melayan ler ambek picture kat dalam kedai tu. Not bad juga hiasan dalaman tu. Ala ala rumah kampung.....





My Nasi Goreng Kampung









post signature
Sunday, October 20, 2013
Monday, October 7, 2013

Ini je yang terdaya......

Morning peeppsss...

Motifnya nak update blog pepagi ni sebab I dah start my routine balik.... asyik huru hara je time updating my beloved blog ni... dan juga my AZAM nak displin ketat2. Sebab bila anak2 dah start besar, bila diorang tengok kita tak berapa displin and slacking, terus terang diorang bagi kat kitorang sejibik2.... !!

So I will update my blog and do other things frugally and diligently... haahahha...

So, what have I been doing yesterday ??!!..... apalagi PIZZA lahhh.... :)

Manage to make 2 types of Pizzas. Tak abes punnn.... boleh siap buat bekfes pagi tadi...




Uli tepung dulu... then biar sampai nak 2 kali saiz yang original tu.


Bila dah jadi macam ni tumbuk dia semula and uli sikit dan bentukkan jadi macam base pizza.


Then 1st Pizza ade meaty hot dogs with mince beef. 

2nd Pizza ade nanas and chicken pepperoni.

Tak sempat nak snap penuh dah kena kebas !!

Haa yang ni dah siap ... yummilicious chezzy yang penuh..!!



Dan tak lupa juga fries goreng dalam Actifry. Mmg superb, tak de minyak banyak... !!



post signature
Sunday, October 6, 2013

Adakah Satu Trend... ??!!


Salam Pagi Ahad Semua....,

Pagi pagi ni, dimulakan dengan En Abang Bangla yang datang dengan menekan loceng yang bertalu talu. Mcm lah kitorang ni pekak sangat.... nampak dah En Abang Oiii.... !! .... datang nak potong rumput laaa.

Bangla ni satu lah bagusnya dari Mamat Indon - diorang ni menepati masa... sangat menepati masa.. respect giler... banyak la juga insiden2 I ngan Bangla ni.. smuanya menepati masa. Baik yang hantar gas, potong rumput, cuci tingkap yang tinggi2 dan tempat cuci kereta. Semuanya best !! Apa klise nya ?? .... mungkin sbb tak sama rumpun dengan weollss kot... Indonesia kan sama rumpun ngan Malaysia... iaitu jeng jeng jeng.... Rumpun Melayu !! Apa persamaannya ?? .... ye betullll ..!! Malas lah apa lagi... tu yang orang panggil "Janji Melayu" !! ...sungguh kureng enak kann... ??... tp apa nak buat.. Memag sangat sakit hati sbb I pun melayu gak... tp budaya malas mmg bukan budaya I... Sibuk I terapkan budaya rajin dan jangan bertangguh kerja kat anak2  we all tau... Bertangguh kerja mencerminkan budaya malas.. :)

Ok, so berbalik pada topik kat atas tu... berkenaan slot Akasia kat TV3 dari hari Isnin hingga Khamis tepat jam 7.00 petang (mmg menepati janji dari TV3.. hahaha). Apa ada pada slot ni ?? Slot ni untuk peminat tegar drama melayu yang meninginkan kelainan dari kebiasaan. Yang I kata lain tu ialah dari segi skrip, gaya bahasa bersahaja, moden, cerita bernafas baru dsbnya. Selalunya cerita Melayu agak hambar dari segi skrip yang ketinggalan zaman, cakap dengan nada terjerit jerit lepas tu lawak yang tah apa apa....

Dan tak dinafikan pula slot Akasia ni so far adalah terbaik dari banyak2 slot. Cerita2 yang dipaparkan pula, tak lah membosankan and for me rasa sangat teruja...

Yang sangat I perasan sekarang ni ceritanya semua berdasarkan hero yang kaya dari bandar dan heroine nya pula dari golongan miskin yang berasal dari kampung (kecuali Setia Hujung Nyawa).

Adakah trend sekarang ni, perempuan yang miskin harus dipasangkan dengan lelaki kaya ?? 

Mungkin secara tak langsung, market untuk filem sebegini sangat tinggi. Diletakkan pula wajah2 yang handsome dan cantik menyemarakkan lagi rating untuk filem berkenaan. Apatah lagi lakonan mereka sekarang ni boleh dikatakan sangat mantap dan tidak kaku dalam melakonkan watak2  tertentu... sampai I pun ade masanya mengalir air mata (cepat2 sapu if not mmg kena BOOOO panjang oleh Mr H !!), terbahak2 ketawa dan terkesima pabila meniti babak yang mendebarkan.....

Cuma di lain kali, biarlah heroine tu di pelbagaikan.... jangan sinonim dengan "damsel in distress" sokmo...

Tapi tahniah untuk TV3 bagi slot Akasia yang mengembalikan keinginan I untuk menonton drama drama Melayu semula.....



Teduhan kasih


Tentang Dhia

Setia Hujung Nyawa

Cinta Jannah

Love You Mr Arrogant



post signature
Saturday, October 5, 2013

Friday Arabic Nite...

Last Friday nite, my friend Sita ajak makan malam di Saba Restaurant, Setiawangsa. Dalam banyak2 restorant Arab ni, Saba jer yang kitorang tak pernah jejak.. sbab apa tau... tak teringat langsung ade restorant Arab yang berdekatan.. hehehhehe.... Her family (hubby and 2 kids) and our family ni dah lama kenal way back masa kitorang kat Kerteh and hanya ade anak sorang je masa tu Si Abang lah kannn sapa lagi... hehehehe...

Diorang rasa, Abang dah besor sangat dah... yelah masa tu Abang hanya 1 thn setengah ke 2 tahun jer.. Sekarang ni dah 14 tahun dah... Dulu kata Sita boleh lambung lambung ekk.... and diorang ni pun masih lum kawen... dok bercintan cintun lagi...  see how time flies....

The food sedap juga... but i prefer lamb mandi or khabsa diorang mmg sedap sangat... !!



Me and Sita

Abang kekeyangan

Adek yang termenung tak tahu nak wat apa ... bosan la tu... lepas tu nagging nak ajak balik...
Nak kena ni....!!!


Humus


2 types of our Lamb Meals -  Lamb Khabsa (RM 25) and Lamb Mandy ( RM 30)
Boleh share 1 pinggan 2 orang. Rata ratanya we all main sharing jer.. except our drinks laaa, hahahahha......


post signature
Thursday, October 3, 2013

Yang Terlebih Prihatin.....

Salam pagi uollsss..,

Pepagi ni sure dah bekfes kan... ??.. apa yang disarapankan pepagi tadi....
Setiap pagi mmg I ler yang kena hantar Adek pi KAFA. Kekadang jer Mr H akan melayan pi hantar bila I "tipu tipu sunat manja" sakit perut ke, sakit kaki ke, tangan ke, leher ke kannnnsss... ahahahha...

Sebenarnya dari malam tadi nak tulis pasal hal ni... cuma malam tadi mcm tak de mood jer nak menulis. Tu yang tetiba ni (mcm buang tebiat !) pas bekpes terus tercetus idea.

Uolss kan, if pi holiday ke, booking hotels, booking ticket, usha package and plan itinerary siapa yang buat ?! Uolsss ke or your other half ?

If I, mmg konpem I yang buat. Dari A - Z. Mmg I takkan serah bulat bulat kat MR H. Alamtanya melingkuplah kalau dia yang buat... bukan tak percayakan dia. Orang lelaki ni if buat motifnya : "Asal  Ade". Maksudnya, jangan tak buat... suruh tempah hotel, sampai 10 km jauhnya dari bandar. Tempah tiket, mahal sampai bezanya beribu ribu dari yang I pilih. Buat itinerary, lagilah harunya... tah tempat apa apa tah dipilihnya. Itu if MR H lah yang buat... tak tahulah the other half uollsss kannn..... So end up, I buat semua (sampai nanges2, muntah2 dan ngigau2 !!)  Yang dia tahu bila time nak kena bayar jer... lagi senang keje I tau... Dan paling bestnya, bab hotel mmg selesa giler, dalam kawasan senang berjalan, sight seeing, tempat makan dsbnya. Itineraries sure ade tempat nak shopping2 kannnnsss.... itulah namanya MANTOPPPP !!

Pasal ticket jer kena survey gila2 dulu. Sbb bab ticket yang paling makan banyak duit selain dari hotel. Hotel pun kena pandai2 cari. Jangan cari sampai 5 star, tp duduknya hanya nak tidur, mandi dan sembahyang. Tak ke rugi gitu...... bukan nak holiday yang lepak2  dalam bilik kannnnss....

So uolsss kena identify what type of holiday yang uolsss nak... then :

1. Start cari ticket : Airasia, MAS, KLM, EMIRATES, QATAR - yang ni antara yang terbaik lah..
2. Once dah confirm tickets, plan area2 yang ingin dilawati. - tempat shopping, sight seeing etc etc..
3. Lepas tu checking plak mode of transporatation. If rent a car tak perlu risau sangat. Cuma tengok senang tak nak parking kat tempat2 yang uolss nak pergi tu. If public transport ade, lagi best murah. Check juga reliable or not.
4. Then, checking juga hotels. Hotels tu carilah kat tempat2 yang mudah public transport. Macam kat London - Tube. China - Metro. Perth - Transperth.
5. Last but not least, is the safety of the place. Sbb sure uolsss pi bercuti as family kan... Mesti kena fikir keselamatan anak2 dan diri kita juga kannnssss......


post signature
Tuesday, October 1, 2013

Al Kisahnyaaaa........

Hari ni lambat sikit berblog. Dah malam malam baru okay... dari pagi tadi busy. Busy pergi Pasar Dato' Keramat, At least kat pasar ni la baru dapat rasa pergi pasar sebenar. I bukan tak suka pi Hypermarket mcm Giant, Aeon Big or Jusco, tapi kepuasan untuk membelek hasil laut tak dapat tahap maksimum... !!
(ade la plak.. !... ngada betul kan !! )


Lepas pergi pasar biasalah my maid la yang akan selesaikan tugas membersihkan.. I tau tunjuk2 aje.. mana yang nak masak ari ni, esok, lusa dan seterusnya... if not abes kacau bilau jadinya dia atur...
 (..ceh jadi mak datin lagi !!)

After that, pergi ke sekolah Adek untuk beri ole-ole dari Guangzhou, disamping nak dapatkan surat pengesahan murid dan laporan peperiksaan terkini untuk di hantar kesekolah barunya nanti. Dan nak dijadikan cerita, guru kelasnya pula demam. Adooiiyaiii..... pergilah pulak nak jumpa Guru Hal Ehwal Murid sesi petang...., beliau masuk meeting ngan Guru Besar plak..... Hancussss agenda I hari ni... Last2 pass kat Ustazah yang dok berhampiran dengan meja Guru Kelas Adek, suruh tolong passing kan pada dia aje ler...
Pastu menapak balik ke kereta dalam keadaan panas terik yang menghitamkan lagi muka I ni.... Bertanaka lagi ler malam ni... hehhehehhe.... :) .. tapi best !! Tanaka tu ler bukan berpanas menapak kereta tadi :P

Petang tadi baru boleh masuk betul betul... I bila masak, suka dalam keaadaan yang tak tergesa gesa atau tertekan. If tertekan mesti hangin satu badan.... So, mestilah senantiasa elak jadi mcm ni.... hokay...

Mr H ni orang Melaka. So orang Melaka mmg lah takkan lari dari "Masak Asam". Masak Asam ni mak mertua I ajar... mmg kelas uolllsss... sodapppp... !! terangkat abesss :P

Bab menumis ni yang paling I tak larat sbb abes berkecah satu dapur dek kerana minyak tu. So, nak senang citer I selalu tumis sekali, pakainya berkali kali... haaaa cam mana tu.. ??!!

Camni citenya.. (ceewwaahh !!), sediakan semua bahan bahanya, iaitu cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan ( yg ni konpem kena pakai belacan melaka, if tak mmg konpem tak jadik !!... hahahha...) dan udang kering. Di blend kan asing asing mcm kat pic ni.


Bahan2 menumis yang telah di blend.

Lepas tu boleh start menumis dengan menggunakan minyak yang secukupnya. I biasanya tumis bawang merah dan putih dulu. Biar naik bau dan garing sikit, then baru masukkan cili kering. Kacau dalam 3 minit camtu. Pastu masukkan belacan. Gaul bagi rata dan last sekali masukkan udang kering.

Bahan tumis yang dah dimasukkan semuanya. Biar sampai garing dan naik bau.


Dan apabila dah siap, kita akan dapat 3-4 bekas cam ni. I saja asingkan mcm ni, so that bila lenkali nak pakai, ambek je sebekas untuk digunakan. So tak yahlah nak tumis dan ulang sekali lagi proses menumis tu.



Bekas yang dah disukat untuk buat sambal or masak asam.


Bijak tak ??!!... ni caranya mak mertua I ajar masa I memula kawen ngan anaknya. 
Sbb masa tu I keje.. bila balik dah penat... mmg alamatnya makan kat luar je ler... tp sbb ade cara cam ni.. jarang lah kami makan luar... selalu dapat buat home cooked food !! Member office pun selalu hairan... depa ingat rajin bebenorlah I ni memasak... tak rugi wat menantu or jadi isteri... kuang..kuang...kuang.... :) 

Dan bila dah ade anak, lagilah tak susah sbb benda ni dah sebati dengan jiwa I.... laju jer sblm balik tu beli ayam ke, ikan ke or apa2 lah.. (kalau barang tu tak de lam fridge) utk dimasukkan dalam kuah or sambal. Tp kebiasaannya, weekend I akan pi pasar. Then terus buat bahan tumis ni... so masa weekdays tak der ler terhegeh2 nak buat semua ni...

Bahan tumis ni bukan aje boleh buat sambal or masak asam. Boleh juga nak buat mee goreng, nasi goreng, daging goreng jawa. Terpulang kepada kreativiti memasing. Kalau nak tambah rasa lain, letak ler udang hidup, sotong kembang, sotong biasa, sotong kering, santan kelapa dan memacam lagi... dah jadik lauk lain...... kan senang jer hidup....


Untuk masak asam, I tambahkan halia dan serai dalam bahan tumis tadi biar sampai halia dan serai tu naik bau. Daun limau purut tu I letak bila semua dah masak. Nyaman baunyaaaa....


Then masukkan ayam bersama kentang. Kecutkan ayam tu kena tutup periuk tu. I mmg masak dalam periuk tanah.Menurut kat MIL, masak dalam periuk tanah ni, masak asam akan lebih sedap.... !!



Ni la hasilnya, Masak Asam Ayam dengan kentang


Mr H pun menyingai je bila masuk rumah dah terbau masak asam !!


Dan tak lengkap kalau tak de ulam ulaman......ade petai, lettuce dan kacang botol.


Rojak buah (nanas dan jambu air) untuk diri sendiri....



post signature