Pada hari kedua ni, kami bertolak ke Kundasang. Apalagi untuk tengok Gunung Kinabalu lah…!! Kami menuju ke Kundasang melalui Jalan Menggatal. Dapatlah menatap sekali lagi 1Borneo yang sangat diperkatakan – Pusat Membeli Belah terbesar si Asia Tenggara.
Ini pula permandangan sepanjang perjalanan ke Kundasang.
Tuesday, February 23, 2010
Monday, February 22, 2010
Borneo Road Trip
BRUNEI DARUSSALAMSebenarnya percutian ni dah lama sikit…
Holiday ni masa cuti Tahun Baru Cina, February 2010 selama 7 hari….
Ni masa kat Brunei, our
Lepas tu kitorang pun round la Brunei nih…. Ekceli ni kali ke 2 kitorang pi Brunei. Cuma kali ni berbeza sbb kitorang pi bersama 2 famili yang lain.. Seronok ???!!! Seronooookkk sangat…. kalau tak caya, nengok gambar nih….
Depan masjid di Brunei
Di Jerudong Park
Depan Hotel Asia City di Brunei
Pemandangan di Kampung Air, Brunei
BRUNEI – KOTA KINABALU, SABAHSelepas seharian dan semalaman di Brunei, awal pagi kami berangkat ke Kota Kinabalu. So, tau tau jerlah macam mana punya penat dan jauhnya perjalanan tersebut. Tapi mmg enjoy !! Gambar2 ni adalah aksi disepanjang perjalanan ke Kota Kinabalu. Macam2 yang kami saksikan….. Dari Brunei masuk ke Limbangf Sarawak semula, kemudian keluar Sarawak masuk Brunei pulak di Puni. Last baru sampai ke Merapok, Sabah. Phewwww…… !! Sib baik anak anak ku tak mabuk dan membuatku mabuk !!!
Di Kawasan Limbang, SarawakSambil menunggu passport dicopSatu lagi feri nak crossing…
Aktiviti di Kota Kinabalu Sabah, MalaysiaMerapok Imigresen di Sabah
Kota Kinabalu bukanlah perkara baru dalam hidupku. Semasa aku bersekolah menengah, aku telah pun menetap di sini selama lebih kurang 2 tahun sebabnya Papaku berpindah kesini dalam Majlis Keselematan Negara (MKN). Dan dalam blogku yang lepas pun, kami dah pergi masa cuti sekolah 2009. Klik kat sini
Kota Kinabalu ni memang terkenal dengan pulau2 yang cantik dan bersih…. jadi mmg ke pulau lah kami pada hari pertama di KK ni..
Posing memanjang budak2 ni… !!
Di Jesselton Jetty Mesyuarat ke nih ?? Di Pulau Manukan
Masa ni nak pi main para-sailing… seronok sangat tengok diorang enjoy…. Aku dah pernah naik sekali, cukuplah tu…..!! hehhehe…
Para-sailing
Malam tu kami pergi makan dengan Restoran Seafood Gayang. Memang best giler masakan dier…. kitorang pun order bley tahan gak… untuk 10 orang makan, memang betul betul makan dan ratah ratah, nak dekat RM 250.00. Amacam murah tak ??
Makan Seafood - Gayang Pasar Malam Kg Air,KK
Labels:
Borneo Road Trip 1,
Brunei,
gayang seafood,
lawas,
local,
Malaysia Sabah,
Malaysia Sarawak,
mamutik,
manukan,
vacation
Subscribe to:
Posts (Atom)